BALING: Seramai 34 mangsa daripada sembilan keluarga kini ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) susulan banjir yang melanda.
Dua PPS itu adalah di Sekolah Kebangsaan Tunku Puan Habsah dan di Dewan Tun Abdul Razak.
Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), mangsa terdiri daripada 10 lelaki dan 14 wanita serta 12 kanak-kanak.
Mereka dipindahkan malam tadi apabila Sungai Baling melimpah ke penempatan mereka, menyebabkan paras air sehingga satu meter.
Sementara itu, Timbalan Pegawai Pertahanan Awam (APM) Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd Dzulhaidy Khalil berkata antara kampung yang dilanda banjir adalah Kampung Batu Tujuh Rambong, Telok Sanau, Charok Juan dan Bendang Sera.
“Mereka diarah berpindah malam tadi kira-kira 10 malam apabila air semakin naik dan bimbang berlaku kejadian buruk.
“Keadaan cuaca gelap menyukarkan anggota untuk menyelamat sekiranya mereka terperangkap, jadi langkah awal, arahkan mangsa berpindah,” katanya dalam kenyataan, pagi ini.