PETALING JAYA: Pejuanita Muda mengumumkan secara rasmi barisan kepimpinannya yang disertai wanita-wanita muda yang diyakini mampu menjadi pemimpin bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Untuk rekod, Pejuanita Muda merupakan Sayap Wanita Muda bagi PEJUANG yang diasaskan pada 1 Februari 2021, dan sejak penubuhannya, Pejuanita Muda berjaya menubuhkan sayap di semua negeri kecuali Sarawak.
Ketua Pejuanita Muda, Dr Nurul Ashikin Mabahwi berkata, barisan pemimpin wanita muda yang dilantik telah mengangkat sumpah jawatan dan amanah di hadapan al-Quran pada Selasa.
Menurutnya, majlis angkat sumpah ini disaksikan sendiri oleh Pengerusi PEJUANG, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.
“Pejuanita Muda menawarkan barisan kepimpinan wanita muda berbakat dan berkebolehan ke landskap politik negara. Pejuanita Muda yakin mampu melahirkan calon-calon pemimpin wanita muda yang cekap bagi menghadapi PRU15 yang akan datang.
“Selaras dengan agenda memperkasakan wanita, Pejuanita Muda konsisten untuk membasmi kemiskinan haid, menuntut penjagaan kesihatan fizikal dan mental wanita muda yang lebih menyeluruh dan memperjuangkan hak-hak asasi wanita dan kanak-kanak,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Berikut merupakan senarai kepimpinan utama Pejuanita Muda yang telah dilantik dan diumumkan;
Kepimpinan Tertinggi (G5) Pejuanita Muda Malaysia:
1. Nur Azre Abdul Aziz (Naib Pejuanita Muda)
2. Nur Amalina Izzati Tajudin (Setiausaha Pejuanita Muda)
3. Nur Fatiha Nor Rahim (Bendahari Pejuanita Muda/Ketua Pejuanita Muda Melaka)
4. Syafariza Jamal (Ketua Penerangan Pejuanita Muda)
Barisan Exco Pejuanita Muda Malaysia:
1. Ezzeyanti Natasha Norazman (EXCO Kebudayaan dan Kesenian)
2. Ilyani Noor Khuszairy (EXCO Perundangan)
3. Jasmin Farhana Ahmad Jamal (EXCO Keusahawanan)
4. Norazreen Mohd Nor (EXCO Kebajikan)
5. Norismazura Ishak (EXCO Pembangunan Wanita)
6. Nurhika Yasmin Tajul Hakmah (EXCO Ekonomi)
7. Nurul Hadjar Jamaludin (EXCO NGO)
8. Roziani Maarof (EXCO Belia dan Sukan)
9. Siti Mariamar Omar (EXCO Perpaduan)
Barisan Ketua Pejuanita Muda Negeri:
1. Aida Adnan (Ketua Pejuanita Muda Kelantan)
2. Farhanim binti Zainal (Ketua Pejuanita Muda Pahang)
3. Fetty Maria binti A. Rahman (Ketua Pejuanita Muda Perak)
4. Mazilah binti Ismail (Ketua Pejuanita Muda Terengganu)
5. Nor Nabilah bt Abdul Majeed (Ketua Pejuanita Muda Pulau Pinang)
6. Norhamiza binti Murad (Ketua Pejuanita Muda Selangor)
7. Nur Amiza Nadirah binti Amiludin (Ketua Pejuanita Muda Wilayah Persekutuan)
8. Nur Kesuma Kartini binti Mohd Zahir (Ketua Pejuanita Muda Kedah)
9. Nurfatimah binti Ibrahim (Ketua Pejuanita Muda Johor)
10. Petronella @ Nur Alya Humaira Usun Abdullah (Ketua Pejuanita Muda Sabah)
11. Siti Fairuz Md Fadzil (Ketua Pejuanita Muda Negeri Sembilan)
Pegawai Media dan Setiausaha Kerja (SUK):
1. Nor Syafiqah Rusli (Setiausaha Kerja, SUK)
2. Muhammad Jannat Firdaus Mohamad Najib (Pegawai Media)